Astro SuperSport 4

Astro Supersport adalah rangkaian televisyen satelit rumah di Malaysia dan mengkhusus dalam menyiarkan kandungan berkaitan sukan selama 24 jam sehari. Rangkaian ini boleh didapati di platform Astro melalui Astro Supersport (Saluran 811) khas untuk pelanggan pakej "sukan" sahaja.[1] Saluran ini dilancarkan pada tahun 1996 sebagai salah satu saluran sukan Astro yang asal Serta menawarkan pelbagai acara sukan tahunan bertaraf antarabangsa termasuklah bola sepak, badminton, sukan permotoran, ragbi, bola tampar dan golf.[2] Saluran ini mempunyai tiga saluran bersekutu, Astro SuperSport 2, Astro SuperSport 3 dan Astro SuperSport 4 melalui saluran 832, 833 dan 834, bersama-sama penyiaran spontan definisi tinggi melalui Astro SuperSport HD 2 (812), Astro SuperSport HD 3 (813), Astro SuperSport HD 4 (814) dan Astro SuperSport HD 5 (815).Telekom Malaysia Berhad telah mengikat perjanjian dengan Astro Malaysia Holdings Berhad untuk menyiarkan Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport HD 2 melalui rangkaian perkhidmatan HyppTV selama tiga tahun. Kandungan kejohanan sukan yang disiarkan melalui saluran ini termasuklah beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris.[3]Apabila kejohanan sukan antarabangsa yang berprestij dijalankan, akan berlaku penambahan saluran untuk membolehkan liputan khas secara langsung disiarkan.Saluran ini menjadi peneraju kepada kaedah penyiaran di Asia Tenggara melalui Saluran 811. Rangkaian ini telah menyiarkan program studio berkaitan kejohanan sukan terbesar dalam versi HD seperti Liga Perdana Inggeris dan Piala Dunia FIFA sejak 2010 dan program sukan daripada majalah iaitu FourFourTwo sejak 2011.

Astro SuperSport 4

Pemilik Astro
Dilancarkan 1 Jun 1996; 25 tahun yang lalu (1996-06-01) (SD)
11 Disember 2009; 11 tahun yang lalu (2009-12-11) (HD)
Singtel TV Saluran TBA (Astro SuperSport HD, Akan Datang)
Bahasa Inggeris (utama/rasmi/nasional)
Ditutup 30 November 2020; 11 bulan yang lalu (2020-11-30) (SD)
Rangkaian Astro
Format gambar 16:9 HDTV (1080i)
Saluran kembar Astro Arena
Astro Cricket
NJOI Saluran 811 (HD)
Kristal-Astro Saluran 811 (HD)
Astro Astro GO
Slogan Saluran Juara!
Laman web https://www.stadiumastro.com
Negara Malaysia